JKM terus dekati golongan sasar

JKM terus dekati golongan sasar

Kebajikan rakyat tidak sesekali diabaikan....

AYER KEROH 14 Mei – Kerajaan negeri komited dalam menyampaikan khidmat kebajikan kepada golongan sasar termasuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar, Ginie Lim Siew Lin berkata, usaha itu dilaksanakan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri yang memikul tanggungjawab dengan amanah.

Menurutnya, golongan sasar itu perlu didekati supaya tidak tercicir daripada menerima bantuan serta khidmat JKM.

“Ini termasuk inisiatif membantu menjana pendapatan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan golongan OKU melalui Program Pemerkasaan Ekonomi (EEP) di semua PDK.

“Setiap PDK digalakkan mencari alternatif sumber kewangan melalu kerjasama pihak luar sama ada individu atau syarikat melalui Program Tanggungjawab Sosial dan Korporat (CSR),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pertubuhan PDK Negeri Melaka di Seri Cendana Ballroom, Taman Botanikal baru-baru ini.

Ujarnya, program tersebut dibawah insiatif Pengerusi PDK bersama jawatankuasanya sendiri.

“Program EEP membuktikan usaha semua pihak antara jawatankuasa PDK, penyelia, petugas, pelatih OKU dan ibu bapa dalam menjana pendapatan PDK.

“Sebagai sebuah pertubuhan sukarelawan yang menitiberatkan kebajikan OKU, kita perlu sentiasa efektif bagi memastikan kesejahteraan golongan ini terpelihara,” katanya.

CATEGORIES
TAGS