Categories: MELAKAPentadbiran

JKM mahu lahirkan pekerja cekap, mantap

BANDARAYA MELAKA 19 Sept. – Dalam usaha melahirkan sebuah organisasi yang cekap dan mantap dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, semangat kerjasama serta berpasukan antara warga kerja amat penting untuk merealisasikan matlamat tersebut.

Menyedari hal tersebut, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka (KRISMA) mengadakan Kursus Pemantapan Kerja Berpasukan dan Kecergasan Kakitangan JKM Siri 1/2019 baru-baru ini.

Bertempat di Taman Eko Rimba Batu Maloi, Negeri Sembilan, seramai 42 ahli jawatankuasa (AJK) dan ahli KRISMA termasuk dua kakitangan Pejabat JAPERUN DUN Machap Jaya menyertai program diketuai Pengarah JKM Negeri, Burhanuddin Bachik.

Menurut Pengerusi KRISMA, Mohd Hatta Mahmod, objektif utama program itu diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan baik dan memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan ahli serta AJK KRSIMA.

“Program yang diadakan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli KRISMA di samping dapat mewujudkan suasana kerja harmoni dan dapat mewujudkan semangat kerja berpasukan sesama ahli,” katanya.

Pada kursus pemantapan itu juga, semua peserta menjalani aktiviti lasak dan mencabar dengan menerokai Gua Batu Maloi dan semua peserta berjaya melepasi aktiviti yang diadakan.

Oleh MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Yusri Sahat

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago