Categories: SUKAN

Jerman nyaris diaib Sweden

KESEBELASAN utama pasukan Jerman

PENYANDANG juara dunia FIFA, Jerman nyaris diaib Sweden selepas beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-82, namun jaringan Toni Kroos pada saat-saat akhir perlawanan menyelamatkan Die Mannschaft dengan keputusan 2-1.

Kemenangan itu sekali gus menceriakan peluang Jerman ketika perlawanan dilihat akan berakhir seri untuk mara ke pusingan kalah mati

“Kami bermain sebagai satu pasukan dan ia amat menggembirakan.

“Menentang Sweeden adalah perkara yang amat sukar, tetapi ia perkara normal menjaringkan gol pada awal permainan walaupun mempunyai peluang dan kami menerima kesannya, namun dengan keputusan diraih kami amat gembira,” kata Pengurus Pasukan Jerman, Joachim Löw.

PENYERANG Jerman, Thomas Mueller masih bergelut untuk menjaringkan gol untuk pasukan Jerman dalam saingan piala dunia kali ini.

Juara dunia itu beraksi dengan tekanan kerana mereka terdesak memerlukan mata berhaga selepas skuad Low dikejutkan dengan kebangkitan Mexico pada 17 Jun lalu.

Kemenangan pagi tadi membolehkan skuad Die Mannschaft menduduki tangga kedua berkongsi tiga mata dengan Sweden. Mexico di kedudukan teratas dengan enam mata manakala Korea Selatan di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Jerman perlu menang ke atas Korea Selatan dalam aksi terakhir kumpulan pada 27 Jun ini, namun peluang mereka ke peringkat kalah mati tetap bergantung kepada keputusan perlawanan Mexico menentang Sweden yang turut berlangsung pada hari yang sama.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: sukan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago