Jerebu: Tiada masalah kesihatan serius direkodkan di Melaka

Jerebu: Tiada masalah kesihatan serius direkodkan di Melaka

Gunakan topeng muka di musim jerebu ini demi kesihatan

KOTA LAKSAMANA 18 Sept – Tiada masalah kesihatan yang serius direkodkan setakat ini rentetan fenomena jerebu yang melanda negeri ini.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong berkata, bagaimanapun terdapat segelintir masyarakat yang mendapatkan rawatan ringan di klinik kesihatan.

“Setakat ini, tiada masalah kesihatan yang serius, bagaimanapun masyarakat dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Orang ramai perlu menggunakan topeng penutup hidung dan mulut jika melakukan aktiviti di luar rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Topeng Penutup Hidung dan Mulut di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kota Laksamana, hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 20,000 topeng penutup hidung dan mulut diagihkan kepada kira-kira 30 wakil persatuan dan sekolah di negeri ini.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS