Jerebu: Semua aktiviti dan latihan sukan ‘outdoor’ ditangguhkan

Jerebu: Semua aktiviti dan latihan sukan ‘outdoor’ ditangguhkan

Jerebu semakin mengganas..

AYER KEROH 15 Sept – Majlis Sukan Negeri Melaka membuat keputusan untuk menangguhkan sebarang bentuk ativiti sukan termasuk latihan program pembangunan sukan yang dijalankan di
luar dewan (outdoor) berikutan Laporan Bacaan Indeks Pencemaran udara IPU yang dicatat di Bandaraya Melaka setakat jam 12.00 tengah hari tadi adalah 222PM dan berada di paras sangat tidak sihat.

Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee dalam satu kenyataan medianya sebentar tadi menjelaskan Majlis Sukan Negeri Melaka mengambil keputusan
penangguhan aktiviti ini terpaksa dilakukan setelah mengambil kira pandangan dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka berkaitan risiko tahap kesihatan yang akan dihadapi oleh jurulatih, atlet dan penonton yang menyertai aktiviti tersebut.

“Sehubungan itu, penangguhan aktiviti tersebut akan diteruskan semula setelah keadaan kembali pulih dan Majlis Sukan Negeri Melaka akan mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa daripada Jabatan Alam Sekitar.

“Badan pelaksana yang bukan di bawah jagaan Majlis Sukan Negeri Melaka turut digalakkan mengambil langkah untuk mengurangkan risiko kesihatan mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan yang akan di adakan dalam tempoh masa kini,” jelasnya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS