Jerebu: Program Merdeka Komuniti #IniRumahKita peringkat negeri dibatalkan

Jerebu: Program Merdeka Komuniti #IniRumahKita peringkat negeri dibatalkan

Itu sebaiknya. Demi kebaikan kesihatan semua. Penangan jerebu

AYER KEROH 15 Sept. – Program Merdeka Komuniti #IniRumahKita peringkat negeri dibatalkan berhubung cuaca jerebu dicatatkan tidak sihat sejak pagi tadi.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia Melaka berkata, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dicatat ditak sihat pada jam 9 pagi tadi dengan bacaan 212PM yang melabelkan keadaan ketika itu pada sangat tidak sihat.

“Program perasmian yang diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) disambut bersama kerajaan negeri terpaksa dibatalkan berikutan cuaca tidak mengizinkan

“Pembatalan majlis ini terpaksa dilakukan setelah mengambil kira pandangan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka berkaitan risiko tahap kesihatan yang bakal dihadapi oleh para petugas dan peserta program serta orang ramai yang berkunjung ke majlis ini.

“Jabatan Penerangan Malaysia,  memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi kepada semua pihak yang terlibat dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang menjayakan sejak 13 September lalu,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS