JEREBU: JPN PUNYA KUASA TUTUP SEKOLAH

JEREBU: JPN PUNYA KUASA TUTUP SEKOLAH

Kurangkan aktiviti luar, waspada perubahan cuaca.

Semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan diberi kuasa dalam mengeluarkan arahan penutupan sekolah mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, sekiranya kawasan terlibat dilanda jerebu teruk.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, kementerian memberi kuasa sepenuhnya kepada JPN
untuk membuat keputusan disebabkan pihak sekolah lebih mengetahui perubahan cuaca di kawasan mereka.

Ujarnya, pihak sekolah juga perlu merujuk kepada arahan yang dikeluarkan JPN bagi penutupan sekolah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Lawatan Kerja Menteri Pendidikan ke Parlimen Masjid Tanah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat, Kuala Sungai Baru.

Hadir sama, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES