Categories: EvergreenMELAKA

Jenis manusia yang tak boleh ‘HUSNUDZON’ dah, NO.4 tu paling KEJAM!

MANUSIA ni ada macam-macam jenis, tak semua kita boleh hadap. Baik lelaki atau perempuan semua ada karenah atau perangai masing-masing. Kalau nak kaji satu persatu memang tak habis, tak kisah la perangai macam pun kan janji tidak menyusahkan orang lain sudah. Sini kita senaraikan beberapa jenis manusia yang perlu kita jauhi, senang cerita elakkan la demi kesenangan diri sendiri…

1. MANUSIA SELFISH

Haa ‘selfish’, jenis ni memang senang kita nak jumpa kat mana-mana pun ade je si dia ni. Orang macam ni kebiasaannya dia nak semuanya untuk dia sempurna, nak cepat nak bagus tapi kena time orang lain dia tak nak dengar langsung.

2. MANUSIA PEMALAS

Malas…ni sejenis penyakit atas diri sendiri sebenarnya, kalau memang dah setkan dalam minda tu malas, maka jadilah pemalas. Kalau kita suruh buat sesuatu ada saja alasannya.

3. MANUSIA BUSUK HATI

Nauzubillah…Moga dijauhkan dengan manusia yang macam ni. Ini memang penyakit manusia sekarang, bukan nak burukkan sesiapa tetapi memang kebanyakkan berlaku dekat diri kita. Manusia macam ni memang tak boleh tengok orang lain lebih dari dia, ada sahaja dengki dan tidak puas hati. Minta dijauhkan dengan spesis macam ni!!

4. MANUSIA TIKAM BELAKANG

Haa..tengok tajuk je korang dah sakit hati kan, jenis ni dekat mana-mana pun ada, kadang-kadang sebelah-sebelah korang jer. Depan kita dia punya la baik, pijak semut pun tak mati, tapi belakang kita dia cerita macam-macam pasal kita. Dalam kehidupan ni memang tak mustahil, jenis kutuk-kutuk belakang orang ni dah selalu sangat jumpa, mulut manis macam gula tapi sebaliknya Allah sahaja yang tahu.

5. MANUSIA MENGAMPU

Biar muka tak lawa janji jangan jadi pengampu. Dah ramai jumpa jenis manusia macam ni. Pengampu ni biasanya berpura-pura baik, janji dia nampak bagus depan orang yang dia nak ampu tu. Belakang orang tu, dia kutuk bukan main lagi.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago