Jenis keris, hulu keris dan pantang-larang

BERKESEMPATAN melawat bengkel pembuatan keris di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai, baru-baru ini, pelbagai informasi dikongsikan bersama MelakaKini mengenai teknik pembuatan keris.

Pada masa sama, pemilik bengkel, Rusli Abdul, 49, turut berkongsikan mengenai beberapa jenis dan hulu keris yang popular di Melaka.

**JENIS-JENIS KERIS

1. Keris Alang

* Berbentuk lurus dan panjang.
* Keris jenis ini lazimnya digunakan bertempur atau sebagai keris kuasa.
* Dikatakan keris jenis ini juga digunakan untuk hukuman bunuh suatu ketika dahulu.

2. Keris Lok

* Keris lok merupakan keris yang biasa dilihat, iaitu ia berbentuk lok (atau lekuk).
* Setiap lok yang dihasilkan mesti dari nombor ganjil, contohnya 3, 5, 7, 9, 11, 13, 15 lok.
* Keris jenis ini juga digunakan untuk bertempur.

3. Keris Sepukal

* Keris sepukal turut dikenali sebagai keris lurus iaitu keris yang dihasilkan berbentuk lurus.
* Ia digunakan untuk bertempur dan juga menikam musuh.

4. Keris Bahari

* Keris bahari seakan-akan Keris Alang, iaitu berbentuk lurus, namun panjangnya sekitar 21 inci.
* Keris jenis ini biasanya dianggap sebagai keris kuasa atau untuk istiadat.

JENIS-JENIS HULU KERIS

Hulu dan sarung keris biasanya dibuat menggunakan kayu kemuning, kayu cendana, kayu merbau atau kayu cempaka.

Antara jenis-jenis hulu yang popular di kalangan pembuat keris ialah:

1. Hulu Jawa Demam

2. Hulu Ayam Teleng

3. Hulu Tapak Kuda

4. Hulu Bugis Patah Tiga


PANTANG-LARANG KERIS

Rusli turut menceritakan antara pantang-larang yang biasa diamalkan bagi sesiapa yang memiliki keris.

Namun, dia mengingatkan bahawa pantang-larang ini terpulang kepada setiap individu sama ada mahu mengamalkannya atau sebaliknya.

Berikut, disertakan antara pantang-larang yang biasa diamalkan di Melaka:

1. Setiap bilah keris harus dijaga. Tidak boleh mengendalikannya secara kasar.

2. Setiap keris mempunyai bisa, justeru, keris tidak boleh dibuat main atau dianggap seperti permainan.

3. Keris juga tidak boleh diletakkan di bawah. Perlu diletakkan di tempat tinggi.

4. Setiap setahun sekali, perlu ‘mandikan’ keris dengan air kelapa. Biasanya ia dilakukan pada bulan Muharam.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago