Categories: JENAYAHMELAKA

Jenayah syariah di Melaka menurun

AYER KEROH 1 Ogos – Kes jenayah syariah di Melaka menunjukkan penurunan dengan 848 kes pada tahun lalu berbanding 1,023 pada 2017.

Menurut satu kenyataan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini, sebanyak 476 kes jenayah syariah dibawah Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 dilaporkan.

Mengikut statistik katanya, sebanyak 199 kes yang dilaporkan bagi kesalahan di bawah Seksyen 53 Kesalahan Bersekediaman Tanpa Nikah bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini.

“Bagi kesalahan dibawah Seksyen 54, hamil atau melahirkan anak tanpa nikah mencatatkan sebanyak 76 kes.

“Bagi kes di bawah Seksyen 55, Subahat Persetubuhan Haram mencatatkan sebanyak 46 kes.

“Bagi ketiga-tiga seksyen itu jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000, penjara tidak melebihi 24 bulan atau kedua-duanya,” jelasnya ketika dihubungi MelakaKini, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi kesalahan judi dibawah Seksyen 81, sebanyak 89 kes dicatatkan dan bagi kesalahan pungutan yang tak sah dibawah Seksyen 89, sebanyak 26 kes dilaporkan.

Kedua-dua kesalahan jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM1,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Menurutnya, pelbagai usaha pencegahan jenayah syariah di negeri ini telah dijalankan dan kempen-kempen mencegah jenayah syariah itu akan diperhebatkan dari semasa ke semasa.

“Papan tanda peringatan juga dipasang dan pelbagai taklimat berkenaan jenayah syariah telah diadakan di sekolah-sekolah bagi menghindarkan remaja terlibat dalam gejala yang tidak sepatutnya,” jelasnya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago