Categories: MELAKAPELANCONGAN

Jelajah hidupan laut di The Shore Oceanarium

PARA pengunjung melihat pelbagai jenis kura-kura yang turut dipamerkan di kawasan khas.

DIANGGARKAN keluasan laut meliputi 71 peratus dari permukaan bumi dengan luas sekitar 361 juta kilometer persegi. Isi lautan pula dianggarkan sekitar 1,370 juta kilometer padu dengan kedalaman rata-rata 3,790 meter.

Berdasarkan hasil kajian rangkaian penyelidik dari Cencus of Marine Life yang didedahkan Selasa lepas, terdapat lebih sejuta spesies mendiami lautan dengan sekurang-kurangnya tiga perempat daripadanya masih belum dikenal pasti.

Hidupan air ini membentuk satu rantaian makanan tersendiri di dalamnya iaitu makan dan membiak di dalam air.
Semua spesies ikan adalah bertelur dalam air kecuali bagi ikan lumba-lumba dan ikan paus tergolong dalam kumpulan mamalia dan membiak dengan kaedah beranak.

Terdapat lebih kurang 15,000 spesies ikan dalam laut, kebanyakannya hidup berkumpulan, namun tidak semua hidupan akuatik ini mampu berenang seperti haiwan dalam kumpulan krutasia iaitu udang dan ketam yang mempunyai kulit keras dan badan bersegmen.

Untuk menjelajah lautan memerlukan kos sangat tinggi dan teknologi yang canggih, hanya golongan berkemampuan sahaja yang mampu.

Tetapi hari ini tiada apa dapat menghalang orang ramai untuk ‘jelajah hidupan laut’ bersama insan tersayang.
Terletak di tingkat dua, Pusat Beli Belah The Shore Shopping Gallery bersebelahan Sungai Melaka, The Shore Oceanarium menjanjikan keterujaan kepada pengunjung yang ingin menjelah hidupan laut.

Persis berjalan di dasar laut dikelilingi ribuan ikan dari pelbagai spesies serta lain-lain hidupan akuatik berenang di dalamnya, setiap langkah amat bermakna dan memberi pengalaman berbeza pada pengunjung.

Pengunjung dapat melihat keindahan alam dasar laut yang menakjubkan apabila menelusuri sepanjang laluan di akuarium besar terdapat di situ.

EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Muhammad Jailani Khamis diiringi Chert Fong melawat The Shore Oceanarium.

Setiap sudut memperlihatkan jenis ikan berwarna-warni dengan pelbagai spesies yang mungkin tidak pernah dilihat, berenang bebas di dalamnya selain kehadiran ikan yu dan kumpulan pirana iaitu ikan pemangsa paling digeruni di Sungai Amazon berlegar-legar dan menambahkan keterujaan pengunjung.

Keunikan itu antara sebahagian pengalaman yang mengujakan menanti mereka yang berkunjung ke akuarium berkenaan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

The Shore Oceanarium membawa pengunjung mengeksplorasi dunia hidupan laut yang menempatkan antara 200 hingga 300 spesies ikan berbeza selain batu karang, landak laut, penyu dan obor-obor.

Oceanarium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian pameran, antaranya Interactive Touch Pool, Jungle Quest, Sea Shells Museum, River Story, angerous Marine Spesies, Shark Quest, Ocean Journey, Ocean Theatre.

Selain Living Fossil, Fun Freakish dan produk baharu Shark Cage antara tarikan mampu menarik ramai pengunjung ke The Shore Oceanarium.

Pengunjung berpeluang memegang dan menyentuh sendiri beberapa spesies hidupan laut seperti gamat, tapak Sulaiman, haiwan bercengkerang dan ikan yu yang ditempatkan dalam kolam disediakan dan sentiasa dipantau oleh kakitangan tempat tersebut.

Selain itu, orang ramai juga dibenarkan memasukkan tangan ke dalam akuarium untuk menyentuh ikan jenis ‘parrot fish’ di dalam akuarium besar melalui lubang yang disediakan, namun air tidak melimpah keluar kerana menggunakan konsep imbangan vakum.

Di ruang utama di Oceanarium adalah Ocean Journey yang dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Oceanarium Theatre, Shark Quest, Sea Shell Museum, Marine Fishes dan pameran batu karang terdapat kira-kira 100 jenis di dalamnya.

ORANG ramai juga boleh membeli cenderahati diruang yang disediakan di laluan keluar.

Pengunjung pasti akan teruja apabila melihat akuarium besar mengelilingi di sekitar bahagian berkenaan, di dalamnya terdapat pelbagai jenis ikan seperti ikan hias laut dan ikan yu.

Pengarah Urusan, The Shore Oceanarium, Chew Chert Fong berkata, sebagai salah satu produk pelancongan baharu di negeri ini, ia menjadi tarikan pengunjung untuk mendapat pengalaman berbeza dan berpeluang melihat spesies ikan dan hidupan laut jarang ditemui.

“Satu terowong akan dibina dalam The Shore Oceanarium untuk memberi nilai tambah baharu pada destinasi pelancongan keluarga yang telah beroperasi sejak 2014,” katanya.

Beliau berkata, terowong yang belum dimuktamadkan panjangnya itu dijangka siap dalam tempoh enam bulan dengan jumlah pelaburan RM3 juta hingga RM5 juta,” ujarnya.

“Sejak dibuka pada 2014, pihaknya menerima kira-kira 1.2 juta pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Lebih menarik, terdapat banyak paparan info, grafik dan video berciri 3D, memberi peluang pengunjung merasai dan melihat sendiri kesan imej 3D sepanjang berada di dalamnya yang nyata memberi pengalaman baharu dan menyeronokkan,” katanya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago