Categories: MELAKA

JBS Melaka pastikan persatuan belia kekal aktif

AYER KEROH 19 Nov. – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka telah menyediakan inisiatif terbaik bagi setiap persatuan belia di Melaka bagi memastikan pergerakan persatuan terbabit untuk kekal aktif dengan menjalankan pelbagai program bermanfaat buat belia di negeri ini.

Exco Komunikasi, Pembangunan Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Kerk Chee Yee berkata, JBS Melaka juga menyediakan pelbagai khidmat nasihat secara khusus bagi memperkasakan hala tuju golongan belia di Melaka

“Kerajaan negeri turut menyokong persatuan-persatuan ini dengan membenarkan mereka memohon peruntukan untuk menjalankan program dengan syarat program yang dijalankan sesuai untuk pembangunan belia Melaka.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datul Latipah Omar pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Keempat Belas di Seri Negeri, di sini hari ini.

Pada masa sama beliau turut berkata, sebanyak 425 persatuan belia telah berdaftar dengan kerajaan negeri direkodkan sejak 5 November lalu.

“Daripada jumlah itu, 375 persatuan belia masih kekal aktif manakala 50 pulak tidak aktif,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago