Jawi bukan elemen pecah belahkan rakyat

Jawi bukan elemen pecah belahkan rakyat

Jangan sesekali memecahkan perpaduan yang terbina di negara ini sekian lama..

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini menegaskan bahawa pembelajaran jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) wajar diteruskan.

Saranan itu tidak sesekali menimbulkan perpecahan pelbagai bangsa, malah masyarakat perlu percaya kepada dasar kemakmuran yang ada di negara ini.

Jawi atau tulisan khat merupakan seni yang wajar dipelajari yang merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan 2017) Tahun 4.

 

PEMBELAJARAN JAWI DI SJKC DITERUSKAN

Dalam laporan MelakaKini baru-baru ini, Tun M menegaskan bahawa pembelajaran Jawi adalah wajar dilaksanakan di SJKC.

Katanya, berkenaan terdapatnya ahli DAP yang menjadikan ia isu, ia cuma satu bahagian dalam parti DAP sahaja yang beranggapan seperti itu, malah selebihnya tidak.

Tun M berkata demikian ketika menjawab soalan pada program Townhall Semarak Merdeka yang dikendalikan Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen selaku moderator.

Beliau menjadikan Turki sebagai negara contoh, walaupun rakyat di sana menggunakan bahasa rumi namun cekap dalam menulis dan membaca jawi.

“Wajar kita contohi rakyat Turki apabila mereka di sana rajin dan berkebolehan dalam pelbagai aspek seperti kesenian penggunaan bahasa jawi,” katanya.

Baru-baru ini timbul kekeliruan dan isu pembelajaran Jawi di SJKC hingga menjadi pertikaian beberapa ahli DAP untuk dipolitikkan.

 

JAWI BUKAN ELEMEN PECAH BELAHKAN RAKYAT

Pembelajaran tulisan Jawi yang menjadi bualan hari ini tidak seharusnya dijadikan elemen memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew berkata, isu itu tidak perlu dijadikan sebagai polemik, malah menyentuh sentimen perpaduan di negara ini.

Menurutnya, semua masyarakat perlu berhati-hati kerana ada antara pihak yang cuba mempolitikkan isu tersebut ke arah memecahbelahkan rakyat.

Katanya, perkara itu bukan tali ukur dan biarlah perkara itu diselesaikan oleh kerajaan pusat bagi mendapat kata putus.

“Sebagai negara yang harmoni, perbezaan pendapat merupakan kekuatan kepada kita.

“Kita perlu berbincang kerana selama ini kita hidup dengan perpaduan, makan dan duduk bersama dengan masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Kok Kiew berkata, isu itu memerlukan penyelesaian dari pelbagai aspek, cuma menimbulkan kerisauan sesetengah pihak disebabkan bebanan yang ditanggung guru, kos, kesesuaian serta pelbagai lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangaan Teori dan Teknik Aerosol Kebangsaan dan Simposium Tahunan Kualiti Udara Malaysia di Hotel Balik Pulau, semalam.

Tambahnya, isu tulisan tersebut akan dibentangkan dalam kabinet hari ini (semalam) bagi mencari jalan penyelesaian.

Katanya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah berjumpa bersama Tun M bagi membincangkan isu berkenaan.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES