Categories: NASIONAL

JAS tingkat penguatkuasaan, pemantauan kebakaran terbuka

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap aktiviti-aktiviti pembakaran terbuka, bagi mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini semasa musim panas dan kering melanda negara ketika ini, yang dijangka berlarutan sehingga hujung bulan Mac.

Ketua Pengarahnya, Norlin Jaafar berkata tumpuan akan diberi kepada tujuh negeri iaitu Selangor, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang mempunyai rekod kes pembakaran terbuka yang tertinggi.

Beliau berkata selain membuat penguatkuasaan menggunakan kekuatan anggota sedia ada, JAS juga akan menggunakan dron bagi memastikan pemantauan dapat dibuat dengan lebih menyeluruh.

“Tumpuan akan diberikan di kawasan mudah terbakar seperti tanah gambut dan tapak pelupusan sampah, termasuk tapak pelupusan sampah haram,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Jendela Fikir di Bernama Radio di sini hari ini.

Malaysia ketika ini berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut yang menyaksikan taburan hujan yang berkurangan, menyebabkan cuaca menjadi kering dan panas sehingga hujung Mac.

Norlin berkata mereka yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan mahkamah di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dengan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Katanya JAS turut mengambil inisiatif seperti pembinaan sekatan saliran dan telaga tiub bagi mengekalkan kelembapan dan mencegah kebakaran tanah gambut.

“Kita juga berharap agar masyarakat bersama berganding bahu menjadi mata dan telinga JAS dengan  melaporkan kepada kami sebarang pembakaran terbuka agar pihak yang tidak bertanggungjawab ini boleh dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Aduan mengenai kebakaran terbuka boleh dilaporkan dengan menelefon 1-800-88-2727 atau menerusi sistem e-aduan JAS yang boleh diakses menerusi laman web rasmi agensi berkenaan.

– BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago