JAS keluar amaran awal Jerebu

JAS keluar amaran awal Jerebu

Orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga....

AYER KEROH 10 Sept- Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri telah mengaktifkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi memantau segala aktiviti yang memudaratkan lagi keadaan semasa.

Pengarah JAS, Rosli Osman berkata, Amaran 1A di bawah Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah dikeluarkan.

Katanya, pemantauan status kualiti udara bagi negeri Melaka setakat hari ini menunjukkan penurunan kualiti udara yang ketara bersaiz 2.5 mikron dimana status udara dari sederhana kepada tidak sihat.

“Antara tindakan pantas JAS apabila setiap kali jerebu ialah dengan meningkatkan hebahan di laman sosial kepada orang awam, tingkatkan rondaan berkala dan aktifkan bilik operasi JAS negeri.

“Orang awam turut diminta untuk tidak melakukan pembakaran terbuka dan jika mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma atau sakit mata hendaklah ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media di Menara Persekutuan di sini, tadi.

Mengulas lanjut, Rosli berkata orang ramai juga diminta untuk memadam kebakaran kecil-kecilan dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka di Talin Bebas Tol 1800-88-2727.

“Turut dinasihatkan kepada orang awam untuk memakai topeng muka dalam keadaan jerebu ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS