Categories: Ketua MenteriMELAKA

Jaringan jalan raya komprehensif elak kesesakan trafik Melaka

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Kerajaan negeri merancang melaksanakan jaringan jalan raya yang komprehensif di negeri ini sekali gus meningatkan kelancaran aliran trafik di Melaka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) (Tahun 2021 – 2025) yang dibentangkan hari ini, pihaknya menyasarkan tiga projek jaringan utama jalan raya akan dikemukakan menerusi pembentangan berkenaan.

Katanya, pembinaan baharu dan menaik taraf jalan empat lorong termasuk lebuh berjejambat Pesisiran Pantai adalah salah satu keutamaan projek jaringan jalan raya di negeri ini.

Jelasnya, cadangan utama itu akan menghubungkan lebuh Pesisiran Pantai dari Kuala Linggi–Masjid Tanah–Tanjung Keling–Klebang–Limbongan–Hatten City–Padang Temu–Semabok, Melaka (Pakej 4: Hatten City–Semabok).

“Selain itu, perancangan bagi membina dan menaik taraf jalan baharu juga direncanakan dengan menghubung dari Taman Perindustrian Bukit Rambai, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) (FT033) ke Pelabuhan Tanjung Bruas-Daerah Melaka Tengah.

“Malah, kerajaan negeri turut mengemukakan bagi membina persimpangan bertingkat di Persimpangan Pulau Gadong dan Persimpangan Cheng Perdana Laluan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah- Jasin (AMJ).

“Perancangan jaringan jalan raya yang komprehensif melalui pelaksanaan inner and outer ring road merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan kelancaran aliran trafik dan memberi keselesaan kepada rakyat dan pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapannya ketika menghadiri Mesyuarat Bagi Pembentangan Cadangan Permohonan Projek RMKe-12 Tahun 2021 – 2025 Negeri Melaka Di Bawah Peruntukan Persekutuan di sini hari ini.

Menerusi ucapan tersebut, beliau yakin Melaka berpotensi untuk mengembalikan kegemilangan sejarah sebagai sebuah negeri pelabuhan yang mampu menjana kepelbagaian aktiviti ekonomi.

Katanya, perkara itu berdasarkan kepada lokasi strategik negeri yang terletak di Selat Melaka yang merupakan salah satu jalur pelayaran terpenting di dunia.

“Pembangunan pelabuhan merupakan inisiatif penting untuk memberi impak ekonomi kepada Negeri Melaka.

“Tiga jenis pembangunan pelabuhan akan dilaksana dan dipertingkatkan iaitu Pembinaan Melaka International Cruise Terminal (MICT)/cruise jetty yang akan dibina dalam tempoh dua tahun akan datang; Pembinaan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) dan menaik taraf Pelabuhan Tanjung Bruas yang merupakan pelabuhan kontena di Melaka,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

6 hours ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago