Categories: MELAKA

Japerun Serkam bantu mangsa kebakaran rumah

SERKAM 5 Feb. – Prihatin dengan nasib menimpa sebuah keluarga dilanda musibah apabila rumah didiami mereka di Jalan Tok Kechut, Kampung Serkam Tengah, musnah dalam kebakaran malam tadi, Japerun Serkam mengambil langkah segera dengan menguruskan bantuan diperlukan.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam Muhammad Khomeini Kamal berkata, sejurus dimaklumkan kejadian yang menimpa keluarga Md. Rasip Talib, 61, dia segera melakukan lawatan bagi bertanya khabar serta mengenal pasti bantuan diperlukan.

Katanya, anak lelaki warga emas terbabit berusia 18 tahun yang juga orang kelainan upaya (OKU) turut tercedera apabila kedua- dua tangannya melecur.

“Untuk membantu meringankan beban mangsa kami sedang uruskan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

“Sekiranya status tanah diduduki mangsa tiada masalah, saya akan membuat permohonan untuk membina rumah baharu dalam masa terdekat bagi menggantikan rumahnya yang musnah,” katanya.

Muhammad Khomeini berkata, pihaknya juga sudah meminta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung berkenaan membantu mangsa untuk membuat laporan polis.

“Saya berharap pihak keluarga mangsa dapat bersabar diatas ujian ini selain Japerun Serkam bersama MPKK sentiasa komited untuk membantu memudahkan urusan keluarga berkenaan,” katanya.

Nur Saliawati Salberi

Leave a Comment
Share
Published by
Nur Saliawati Salberi

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago