JAPERUN Bukit Katil anjur Karnival #IniRumahKita

BUKIT KATIL 7 Nov. – Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) buat julung kalinya akan menganjurkan Karnival kempen #IniRumahKita di sini pada bulan hadapan.

Setiausaha JAPERUN Bukit Katil Mohd Yani Ismail berkata pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang karnival dari 13 hingga 15 Disember ini di Padang SMK Bukit Katil.

Beliau berkata antara aktiviti yang telah dirangka adalah Hari Bertemu Rakyat, Program Tukar Minyak Hitam Motor Bersama Jabatan Pengangkutan Jalan, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, demonstrasi memasak bersama Persatuan Hotel Melaka serta klinik bola sepak bawah 12 tahun bersama Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA).

“Majlis perasmian penutup karnival tersebut akan dilakukan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari,” katanya di sini hari ini.

Mohd Yani berkata terdapat lebih 20 gerai pameran dan jualan akan disediakan sepanjang tempoh karnival berlangsung.

Beliau berkata para peniaga khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Katil yang berminat untuk mendapatkan gerai-gerai tersebut boleh menghubungi Zul Jamal di talian 017-202 7022 untuk butiran lanjut.

“Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan karnival tersebut.

“Kita menyediakan 100 hadiah cabutan bertuah untuk para pengunjung,” katanya.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago