Jangka 30,000 banjiri Melaka Fruit Fiesta 2019

SUNGAI UDANG 16 Julai – Seramai 30,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan program Melaka Fruit Fiesta 2019 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad minggu hadapan di Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF).

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Program itu yang dijangka dirasmikan Ketua Menteri, Adly Zahari Sabtu depan, dijangka menerima sambutan memberangsangkan menerusi hampir 30 aktiviti yang diadakan.

Menurut Pengurusnya, Norliza Mohamad, pesta yang diadakan itu merupakan kesinambungan dari pesta sama yang diadakan pada 2017.

Katanya, beberapa penambahbaikan telah dilakukan antaranya membenarkan pengunjung menikmati juadah di kebun berkonsepkan ‘pilih, timbang dan bayar’ serta menikmati pemandangan pelancongan agro dan mempromosikan hasil kebun kepada orang ramai dengan kadar jualan yang berpatutan.

“Hasil kebun yang kita ada termasuk beberapa spesis durian dan buah-buahan lain yang ditanam kesemuanya ditawarkan kepada orang ramai dengan harga yang berpatutan, mereka boleh makan sebanyak mungkin, jika mahu.

“Selain itu kita juga menawarkan aktiviti memberikan makan kepada haiwan ternakan MTFF dan membuka kawasan latihan ‘team building’ kepada pengunjung.

“MTFF cuba membawa konsep baharu kali ini supaya mereka yang berkeluarga terutamanya pelancong dari luar negara dapat merasai keindahan pelancongan agro,” katanya ketika ditemui di MTFF, di sini hari ini.

Pada 2017, program sama turut diadakan dengan nama Pesta Durian Melaka 2017 dan berjaya mencatatkan 20,000 pengunjung, namun, ia tidak diteruskan pada 2018 sebelum dilaksanakan kembali tahun ini.

Mengulas lanjut, Norliza berkata, program yang diadakan ini dijangka merancakkan sektor pelancong di Melaka dalam mencapai sasaran 20 juta pelancong tahun ini menerusi kempen Tahun Melawat Melaka 2019 (TMM2019).

“Kita mahu buktikan juga menerusi program ini, yang pelancongan agro juga mampu bersaing dengan sub sektor pelancongan lain,” katanya.

Antara yang menarik pada program berkenaan adalah Tropical Fruit Farm Run yang dijangka bermula jam 7 pagi pada Ahad depan.

Di mana para peserta akan berlari sejauh lima kilometer (km) dalam kawasan MTFF menerusi trek disediakan.

Dalam pada itu, pelbagai gerai buah-buahan segar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut ditawarkan kepada orang ramai dengan harga berpatutan.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago