“Jangan main-main dengan saya” – Shen Li

PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) menafikan khabar angin bekas penyerang D.C United, Deshorn Brown akan menandatangani kontrak bersama Bengaluru FC.

Penyerang berusia 28 tahun itu bagaimanapun kekal bersama Melaka United (MU) menerusi kontrak persetujuan yang akan ditandatangani dalam masa terdekat.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Preside MUSA, Damian Yeo Shen Li yakin, Brown tidak akan memilih kelab lain.

“Memang ada dengar-dengar Bengaluru FC ingin mendapatkan khidmat dia.

“Tetapi, tak mudah untuk saya lepaskan Brown, kerana kesemua perkara melibatkan elaun dan beberapa perkara lain telah selesai dibincangkan.

“Dia juga meminta kontrak selama dua tahun bersama MU dan kita bersetuju dengan syarat dia mesti mengekalkan prestasinya dan mencapai sesuatu yang membanggakan seperti penjaring terbanyak atau sebagainya,” katanya.

Tambah Shen Li, MUSA juga mempunyai ‘senarai kecemasan’ jika Brown memilih untuk menyarung jersi bersama kelab lain.

“Sudah tentu kita ada ‘back up’.

“Tetapi, dari sudut pengurusan, kita yakin dengannya dan tak akan lepaskan dia pergi.

“Jangan main-main dengan saya,” jelasnya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago