Categories: MELAKARENCANA

Jangan lupa kuih raya dulu kala

TIBA sahaja Ramadan dan hari lebaran, pastinya pelbagai juadah dan kuih-muih terbayang di depan mata.

Semakin hampir Aidilfitri menjelma, semakin sibuklah masyarakat Islam membuatkan persiapan termasuklah kuih raya.

Peredaran zaman menyaksikan kuih raya turut mengalami perubahan.

Pun begitu, kuih atau biskut raya tradisi yang menjadi warisan sejak zaman berzaman masih terus diingati walaupun semakin pupus ditelan zaman.

MelakaKini mengimbau beberapa jenis kuih raya tradisi yang semakin dilupakan malah sebahagiannya tidak pernah diketahui kewujudannya oleh generasi masa kini.

AGAR-AGAR KERING

Pada asasnya ia diperbuat daripada agar-agar manis yang dikeringkan. Dihasilkan daripada pelbagai warna agar menarik dan dijemur separa kering menjadikan ia tidak mudah rosak dan tahan lama.

Agar-agar kering ini biasanya mempunyai rupa berkaca, disebabkan kandungan gula yang mengeras di sekelilingnya. Ia mempunyai rasa yang rangup di bahagian luar dan lembut di dalamnya.

Ia jarang dihasilkan dan hanya dibuat bagi acara istimewa seperti Hari Raya Aidilfitri.

PUTU KACANG

Kuih putu kacang hijau ini sangat popular pada zaman ibu bapa dan datuk nenek kita.

Ada sesetengah masyarakat terutama di selatan tanah air seperti Melaka menggelarnya kuih koya.

Cara membuat kuih putu kacang ini sangat rumit dan ia menjadi salah satu faktor ia semakin kurang mendapat sambutan.

Lazimnya, kacang hijau yang menjadi bahan asas dikisar menggunakan mesin berbanding kaedah zaman dahulu kala menggunakan penumbuk kayu atau lebih dikenali sebagai lesung kaki.

KUIH LOYANG

Kuih loyang atau juga dikenali sebagai kuih ros dan kuih goyang merupakan sejenis kuih tradisi India diperbuat dari tepung beras yang juga terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina.

Kuih ini dinamakan kuih goyang kerana selepas acuannya dicelup dalam adunan tepung cair, kuih ini dicelup ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan agar tanggal.

Nama ros pula sempena bentuknya menyerupai bunga. Nama loyang pula mungkin kerana acuannya diperbuat daripada logam loyang.

KUIH BAHULU

Kuih ini masih lagi popular dalam senarai kuih tradisional.

Teksturnya yang gebu membuatkan ia sering menjadi pilihan setiap kali dihidangkan semasa hari raya.

Namun kini jika diperhatikan, tiada lagi kelibat kuih Bahulu ini dihidangkan bersama kuih moden lain.

Pembuatan kuih bahulu secara asasnya menggunakan bahan seperti telur, gula dan tepung yang kemudiannya dibakar menggunakan secara tradisonal menggunakan sabut kelapa untuk mendapatkan rasa yang enak.

KUIH SIPUT

Kuih ini mendapat nama sedemikian kerana bentuknya yang menyerupai cangkerang siput.

Kuih siput adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi dan marjerin.

Ia kemudian dicampur rempah dan dibentuk dalam acuan menyerupai siput sebelum digoreng.

Kuih Siput lazimnya dihidangkan pada perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri pada zaman dahulu kerana proses pembuatannya sangat mudah.

KUIH BUAH ROTAN

Kuih buah rotan atau juga dikenali sebagai kuih redan, merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang dibuat daripada tepung pulut dan telur.

Kuih ini kurang dikenali masyarakat Melayu di Melaka namun ia popular di Terengganu dan Jawa, Indonesia.

Rasanya yang rangup dan teksturnya yang menarik menjadi pilihan untuk dihidangkan kepada tetamu.

Ia digelar Buah Rotan kerana bentuknya yang bulat dan bersisik seperti buah rotan.

KUIH BATANG BURUK

Sebagaimana kuih bahulu, kuih batang buruk masih popular walaupun dikategorikan sebagai kuih tradisional.

Popularitinya mungkin disebabkan namanya yang unik atau rasanya yang enak.

Kuih ini mendapat namanya mungkin disebabkan daripada rupanya yang berbentuk batang pokok tetapi diseliputi dengan serbuk kacang hijau menjadikannya seperti kayu buruk.

Ia sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa yang diuli menjadi bentuk silinder bulat berongga serta disi dengan serbuk kacang hijau yang digoreng.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago