Categories: NASIONAL

“Jangan hanya klik pada pautan yang dihantar kepada anda yang berkaitan Covid-19″ – MyCERT

KUALA LUMPUR 18 Mac – Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) menyarankan rakyat Malaysia agar mematuhi amalan terbaik dalam penggunaan internet di tengah-tengah situasi COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, pasukan itu berkata netizen perlu sentiasa mengesahkan maklumat yang diterima menerusi email, mesej berteks dan hantaran di media sosial mengenai pandemik tersebut dan menahan diri daripada mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan dengan sewenang-wenangnya.

“Jangan hanya klik pada pautan yang dihantar kepada anda yang berkaitan Covid-19 (koronvirus), sebaliknya dapatkan pengesahan daripada penghantar atau dengan agensi yang boleh membantu. Gunakan sumber yang boleh dipercayai seperti laman web kerajaan yang sah untuk informasi terkini, maklumat berasaskan fakta mengenai Covid-19,” katanya.

MyCERT turut menasihatkan netizen untuk mengemas kini peranti Internet Pelbagai Benda (IoT) mereka dengan ciri-ciri keselamatan yang perlu dan mematuhi amalan terbaik dasar keselamatan bagi memastikan maklumat terkini yang boleh digunakan.

“Menerusi pemerhatian terdapat banyak kempen yang berniat jahat mengambil kesempatan daripada Covid-19 dengan menyebarkan malware (perisian hasad) melalui e-mel bersama lampiran yang mencurigakan dan menghubungkan ke laman web pancingan data yang kononnya memberi orang ramai maklumat yang tepat mengenai virus itu,” tambah kenyataan itu.

Sementara itu, syarikat keselamatan siber global Kaspersky mengesyorkan supaya pekerja diberi pendidikan antara lain mengenai risiko, menyokong tabiat menyediakan kata laluan yang baik dan menetapkan tahap akses yang berperingkat.

Syarikat itu berkata langkah menjalankan latihan keselamatan siber secara tetap akan memberi pengetahuan kepada pekerja mengenai ancaman terkini tetapi yang lebih penting adalah memperbaiki tabiat mereka dan membentuk corak tingkah laku baharu untuk persekitaran kerja yang lebih selamat.

Kaspersky berkata penting bagi pekerja untuk memasukkan suapan ancaman global ke dalam sistem mereka yang dapat memberi maklumat mendalam tentang ancaman siber yang menyasarkan organisasi.

— BERNAMA

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago