Jamuan sempena pembukaan Nasi Lemak Royale Kedah

AYER KEROH 23 Okt. – Berita baik untuk orang ramai khususnya peminat tegar nasi lemak di sekitar Bandaraya Melaka.

Anda semua dijemput ke jamuan makan sempena pembukaan cawangan Nasi Lemak Royale Kedah di Jalan Hang Tuah, bersebelahan Wisma Air pada Jumaat ini (25 Okt).

Menurut hantaran di laman Facebook Nasi Lemak Royale Kedah, majlis jamuan akan bermula dari pukul 2.30 petang hingga 6 petang pada hari tersebut.

Majlis pembukaan rasmi cawangan berkenaan akan dilakukan Ketua Menteri Adly Zahari pada malam esok (Khamis, 24 Oktober).

Nasi Lemak Royale Kedah berasal dari Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah dan sangat terkenal di negeri tersebut.

Ia turut mempunyai rangkaian cawangan di luar Kedah termasuk di Lembah Klang.

Nasi lemaknya dikatakan agak berlainan berbanding nasi lemak biasa yang orang Melaka nikmati.

Nak tahu apa yang lain, sila lah serbu beramai-ramai Nasi Lemak Royale Kedah cawangan Melaka pada Jumaat ini.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago