Jamuan Krismas DUN Bemban 28 Disember

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR

BEMBAN 12 Dis. – Majlis Jamuan Krismas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada 28 Disember ini dijangka berlangsung meriah dengan sasaran kehadiran 800 pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Datuk Dr Wong Fort Pin berkata, majlis itu adalah sempena meraikan sambutan Krismas dan ia terbuka kepada semua penduduk tanpa mengira bangsa.

“Sebelum ini kita telah anjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan perayaan Kuih Bulan. Tujuannya adalah agar rakyat berbilang kaum dapat berkumpul bersama dalam semua perayaan.

“Kepelbagaian kaum ini adalah satu kelebihan dan sangat unik di negara kita. Melalui majlis sebegini, kita dapat mengenali budaya dan perayaan dari kaum lain,” katanya kepada MelakaKini.

Menurutnya, majlis yang turut mendapat kerjasama 10 gereja dari sekitar Melaka itu akan berlangsung di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bemban.

“Selain jamuan, terdapat pelbagai aktiviti menarik lain seperti persembahan nyanyian dan tarian. Majlis akan bermula dari jam 7 malam hingga 9 malam.

“Saya harap penduduk sekitar dapat bersama-sama memeriahkan majlis ini dan mengeratkan hubungan silaturahim,” katanya.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago