MENJADI penggerak dan pencinta perubahan adalah sesuatu yang tidak pernah berhenti dan terhenti.

Wacana berkait reformasi itu seringkali tiada noktahnya malah kita akan sentiasa dahaga diskusi baru berkaitannya.

Ya, namanya pun perubahan, masakan ia ada tarikh luput selagi mana hidup idea-idea yang sakral atau sebaliknya.

Mungkin saja yang mati adalah minda dan jiwa mereka yang tidak mahu berfikir. Materi akal telah di ulang sebanyak 49 kali didalam Al-Quran.

Malah perintah supaya manusia itu berfikir dan menghayati sesuatu itu termaktub sebanyak 100 ayat yang telah direkodkan kepada mukjizat besar Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran.

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?” – Al-Qamar:17

Begitulah peri pentingnya akal untuk manusia bijak mengaplikasikannya dalam kehidupan di zaman yang penuh mehnah dan tribulasi. Kerosakan umat itu bukan berlaku kerana faktor luarannya tetapi terbit daripada pengaruh dalamannya sendiri.

Jika kita sebagai muslim menelusuri watak-watak dalam membawa gagasan revivalisme terhadap manusia di era mereka maka tidak mustahil untuk kita juga menuju ke matlamat yang sama iaitu perubahan.

Pemikir seperti Muhammad Asad, Buya Hamka, Za’ba, Kyai Achmad Dahlan, Syed Sheikh Al-Hady, Sheikh Tahir Jalaluddin dan ramai lagi, mereka ini nama yang menyonsong arus hampir seluruh usia mereka bagi memperjuangkan pemikiran baru yang lebih segar dan progresif kepada umat.

Muhammad Asad misalnya boleh dijadikan sosok contoh reformasi pemikiran yang tuntas. Asad bukanlah lahir daripada keluarga yang nuansanya Islam dan arab.

Malah beliau adalah seorang yang berketurunan Yahudi yang mana kebanyakan tradisi susur galurnya adalah Rabbi (Ketua agama Yahudi). Setelah melalui fasa remaja yang penuh cabaran, Asad memilih untuk memeluk Islam ketika usianya 26 tahun.

Asad atau Leopold Weiss menjadi bukan sahaja pemikir kepada pembaharuan, malah dia juga menjadi pelayaran kepada perubahan itu. Asad mula berkelana ketika dia melarikan diri dari rumah saat usianya belasan tahun.

Memerhati dan meniliti pemikirannya yang dipandang kaget oleh sebahagian pihak dalam Islam adalah sesuatu yang bisa kita duga. Pusingan pemikiran umat kita hari ini hanya memahami agama secara kosmetik, luaran dan zahir.

Bagi Asad, sikap menyalahkan barat atas apa yang menimpa dunia Islam dulu dan hari ini adalah suatu tindakan atas pemikiran sempit mereka yang berada di kelas “ulama”.

Inilah yang sering penulis sebutkan bagaimana umat Islam hari ini menerima mentah apa sahaja yang disampaikan oleh mereka yang berbaju agama. Awal abad ke-19, seorang pegawai British dalam bukunya yang bertajuk Malay Sketches, Sir Frank Athelstane Sweettenham memberi gambaran yang mana masyarakat Melayu yang terdahulu lama memeluk agama Islam masa lagi mengamalkan amalan khurafat.

Pada ketika inilah muncul pelopor perubahan kepada minda dan sikap umat Islam di Malaya ketika itu. Lapor Swettenham dalam jurnalnya juga menceritakan umat Islam pada ketika itu taat pada agama.

Namun tetap suka berjudi dan mengumpat. Maka timbul pula nama Syed Syeikh Al-Hady dan Sheikh Tahir Jalaluddin dalam konteks Malaya. Mereka berdua ini merupakan penyambung pemikiran Afghani dan Abduh ketika itu.

Pertembungan kaum tua dan kaum muda yang dinamai oleh Buya Hamka menjadi sesuatu permulaan akan reformasi pemikiran umat dalam negara ini ketika itu. Di bawah adalah huraian yang dimaksudkan Buya Hamka berkaitan Kaum Lama:

“Golongan ulama tua yang memandang ke zaman lampau, masih di takuk lama dengan pemikiran tradisional ulama silam yang tidak memberatkan perkembangan pemikiran pada zaman moden.” (Hamka, Said Djamaluddin al-Afghani-Pelopor Kebangkitan Muslimin,1970).

Begitulah hebatnya tokoh-tokoh pemikir dan pelayar perubahan kepada minda yang naratifnya muslim.

Asad, Sheikh Al-Hady, Buya Hamka dan seangkatannya berusaha dan bersemangat untuk berkongsi pandangan untuk umat di rantau ini umumnya dan khusus di negara ini berani untuk mengubah nasib kehidupan mereka dengan tidak bergantung kepada manusia yang lain.

Gunalah akal yang diberi kebolehan oleh sang pengcipta untuk kita semuanya berfikir dan memahami.

Lihat junjungan Nabi Muhammad SAW berdiplomasi dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah. Baca dan contohi negosiasi yang dipandu Nabi Muhammad SAW, akhirnya hikmah dari toleransi yang ditonjolkan memberikan respon yang cukup baik.

Islam itu sifatnya membawa rahmat seluruh alam. Moga perubahan yang mahu disampaikan boleh diterjemah dengan tindakan yang baik untuk digunakan dalam kita memastikan masyarakat ini senantiasa berfikir dan memahami.

“Jiwa manusia itu mati bila akalnya tidak berfungsi.”

Oleh: MUHAMMAD SYAFIQ AZMI
Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Melaka

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Yusri Sahat

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago