Categories: Ketua MenteriMELAKA

Jadikan Melaka berwibawa dan bermaruah

ADLY beramah mesra dengan penjawat awam dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri dan Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Melaka anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah di Seri Negeri, pagi tadi.

BANDARAYA MELAKA 11 Jun – Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju mengguna pakai konsep ‘Melaka Berwibawa’ untuk mencorakkan Melaka dalam acuan tersendiri.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu, Melaka telah jauh terkehadapan dalam aspek kemajuan ekonomi, ketamadunan serta kemasyarakatan, malah turut mempunyai undang-undang tersendiri dan menggunapakai ‘Hukum Kanun Melaka’ dan ‘Undang-Undang Laut’ sekali gus membuktikan betapa cekapnya pentadbiran negeri ketika itu.

Sewajarnya Kerajaan Negeri Melaka pada hari ini perlu mengorak langkah agar lebih proaktif dalam menjadikan Melaka sebagai negeri lebih maju pada masa akan datang.

“Konsep Melaka Berwibawa dengan inisiatif Pintar, Hijau dan Bersih akan digunapakai selepas ini demi menjamin kesejahteraan rakyat serta mengembalikan semula Melaka sebagai kerajaan negeri yang berwibawa dan bermaruah.

“Ia sekali gus memulihara kemampanan serta kelestarian alam sekitar serta mengekalkan status negeri terbersih berlandaskan elemen berpakat dan bermuafakat tanpa mengenepikan elemen integriti supaya setiap keputusan yang diambil adalah adil dan saksama,” katanya.

Adly berkata demikian kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri dan Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Melaka anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah di Seri Negeri di sini, hari ini.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago