Categories: Ketua MenteriMELAKA

Jadikan iktibar kejayaan Rasulullah SAW bentuk negara Madinah – Adly

BANDARAYA MELAKA 11 Nov. – Kejayaan Rasulullah SAW membentuk negara Madinah dan membuktikan Islam diterima baik oleh masyarakat bukan Islam ketika itu, seharusnya dijadikan iktibar, kata Ketua Menteri, Adly Zahari.

Menurut Adly, sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, rakyat perlu mengambil pengajaran supaya pendekatan yang diambil Rasulullah SAW dipraktikkan di negara ini.

Bagi mencapai tujuan itu katanya, terdapat tiga perkara perlu diikuti umat Islam iaitu beriman kepada Allah SWT, laksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Jika semua perkara ini dipenuhi dan diikuti, maka pembentukan negara yang kita impikan akan mudah dicapai serta dipenuhi dengan penduduk yang cinta kepada kebaikan dan perpaduan,” katanya.

Adly berucap pada Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul 1441H Peringkat Negeri Melaka di Stadium Hang Tuah, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Adly turut menekankan tiga perkara yang perlu difahami dan diteladani seluruh rakyat negeri ini.

“Pertama, marilah kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan dalam membangunkan sebuah negara Islam yang hebat.

“Yang kedua, Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada sekelian manusia dan setiap makhluk di muka bumi ini dan yang terakhir, santuni kepelbagaian masyarakat dengan memahami kekuatan dan kelemahan, bersikap toleransi dan bermuafakat,” katanya.

Selepas berucap, Adly bersama 5,100 peserta berarak sambil berselawat dari Stadium Hang Tuah hingga ke pekarangan Masjid Al-Azim di sini.

Turut sama menyertai perarakan itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Omar Jaafar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab, Mufti Melaka dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Samat.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 day ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago