Categories: Ketua MenteriMELAKA

Jadikan al-Quran bacaan harian – Adly

BUKIT PALAH 13 Jan. – Penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran merupakan medan bagi meninggikan syiar Islam melalui pembudayaan al-Quran.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, menjadi tanggungjawab semua supaya majlis sedemikian dihidupkan dengan kehadiran segenap lapisan masyarakat.

Menurutnya, ayat sucinya al-Quran mengajak dan menyeru manusia untuk membaca kerana perbuatan itu merupakan wasilah dalam menjadikan manusia berilmu dan memajukan tamadun manusia.

“Tingginya ilmu seseorang itu akan meninggikan darjat dan memuliakannya daripada manusia lain.

“Saya menyeru kepada semua supaya bersama menimba dan menggali ilmu al-Quran melalui program-program yang telah dirancang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Sempena Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1441H/2020M di Masjid Al-Azim kelmarin.

Hadir menyempurnakan majlis, Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob.

Jelasnya, usaha mengimarahkan aktiviti membudaya al-Quran melalui Rumah Ngaji, Quran Hour dan pelbagai aktiviti perlu diberi sokongan dalam memartabatkan al-Quran.

“Menjadikan al-Quran sebagai bacaan, amalan dan akhlak akan menjadikan umat Islam berjaya dan cemerlang dalam redha Allah SWT.

“Kepada semua peserta dan pemenang, tahniah dan syabas kerana berjaya melepasi saringan daerah dan ke peringkat negeri.

“Para pemenang yang akan mewakili Melaka dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Februari nanti, teruskan perjuangan dan jangan mudah putus asa,” katanya.

Pada tilawah berkenaan, johan qari dan qariah masing-masing disandang oleh Muhammad Khairi Maidin dan Samul Munirah Haris.

Hadiah disampaikan oleh Mohd. Khalil.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago