Isu tunggakan gaji boleh diselesaikan secara dalaman

AYER KEROH 9 Jan. – Isu tunggakan gaji membabitkan bekas ketua pasukan Melaka United (MU), Mohd Shukor Adan boleh diselesaikan secara dalaman tanpa perlu dihebohkan kepada umum.

Ketua Menteri, Adly Zahari bagaimanapun menyerahkan kepada Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) untuk mencari jalan penyelesaian isu berkenaan.

Beliau berkata Presiden MUSA, Damian Yeo Shen Li terpaksa mengulas isu tersebut secara terbuka memandangkan Mohd Shukor telah terlebih dahulu menghebahkan kemelut tunggakan gaji itu kepada umum.

“Jadi kita mengharapkan sama ada di pihak pemain ataupun MUSA supaya menyelesaikan apa sahaja kemelut melalui perbincangan dan tidak membawanya kepada pihak media,” katanya kepada pemberita di sini.

Adly berkata ketika beliau menerajui MUSA sebelum ini memang ada pemain yang cenderung membawa isu tunggakan gaji mereka kepada pihak media yang merupakan satu amalan yang tidak sihat.

Masalah tunggakan gaji pemain, tegasnya telah lama berlaku dalam sukan bola sepak Malaysia dan tidak hanya melibatkan pemain MU.

“Bila pemain membawa isu gaji kepada pihak media, sudah pasti persatuan bola sepak juga terpaksa memaklumkan kepada media tentang apa yang sebenarnya berlaku.

“Sebenarnya bagi saya adalah tidak sihat sama ada pemain atau pasukan membawa isu membabitkan mereka kepada umum berbanding menyelesaikan masalah itu di meja rundingan.

Mohd Shukor yang kini mewakili Kuala Lumpur dalam saingan Liga Perdana 2020 dilaporkan telah memuat naik tuntutan tunggakan gajinya semasa mewakili MU kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di media sosial.

Tindakan pemain pertahanan berusia 40 tahun ini telah mengundang rasa kurang senang Shen Li yang mahu pemain itu memohon maaf atas tindakannya itu yang telah memberi imej negatif kepada MUSA, jika inginkan tunggakan gajinya.

Tindakan Mohd Shukor itu juga dianggap ‘kurang manis’ oleh Pengurus Pasukan skuad Piala Presiden MU, Mohd Ashiq Abdul Samad.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago