ISU KERA: Kerajaan negeri akan sediakan penempatan haiwan liar

ISU KERA: Kerajaan negeri akan sediakan penempatan haiwan liar

Penyediaan habitat sebagai inisiatif bagi mengurangkan gangguan hidupan liar...

AYER KEROH 9 Okt- Kerajaan negeri akan menyediakan penempatan hidupan liar sebagai langkah inisiatif bagi mengatasi isu gangguan kera liar di kawasan-kawasan penempatan dalam negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata proses penukaran kawasan hutan tadahan daripada kawasan sawit kepada kawasan hutan akan dipercepatkan proses tersebut bagi mengatasi permasalahan tersebut.

Katanya, seluas 4,000 hektar telah diwartakan sebagai kawasan tadahan hutan dan sebahagiaan dari kawasan terbabit akan dibina satu penempatan hidupan liar.

“Menangkap haiwan liar seperti kera ini bukanlah satu jalan penyelesaian berterusan, justeru kita akan menyediakan habitat sebagai inisiatif bagi mengurangkan gangguan hidupan liar tersebut di kawasan taman perumahan serta kawasan penempatan.

“Kerja-kerja penangkapan dan pemindahan kera ke kawasan hutan kekal di negeri jiran akan dibuat dengan kerjasama PERHILITAN sebelum mendapatkan penempatan hidupan liar yang sesuai di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Usahasama antara Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dan pemaju perumahan Delta Diversified di Bilik Bijasura, Seri Negeri, di sini, tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Hasim Hassan; Exco Perumahan Kerjaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew; Pengarah Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Saleh Mohd Dom dan Pengarah Delta Diversified, Tee Kai Loon.

Jelasnya, bagi tempoh jangka panjang, kerajaan negeri turut akan memastikan hutan tadahan itu benar-benar dijadikan hutan bagi menyediakan habitat haiwan liar untuk mengekalkan penempatan haiwan liar terbabit.

“Kita akan melindungi habitat haiwan liar sekali gus melindungi orang awam dari terusan diganggu,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS