Categories: MELAKAPBT

Isu ‘bendera’ selesai

BANDARAYA MELAKA 29 Nov. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ambil maklum terhadap isu mural yang menimbulkan kekeliruan masyarakat malah tindakan segera telah diambil bagi memperbaiki lukisan terbabit.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Mansor Sudin berkata, tindakan segera telah diambil semalam dan pihaknya telah memperbaiki semula lukisan yang menimbulkan kekeliruan sesetengah pihak di negeri ini.

Jelasnya, mural yang dilukis enam bulan lalu sempena sambutan Melaka Bandaraya Bersejarah adalah ilham pelukis yang membawa maksud tersendiri bagi mengolahkan semangat patriotik di minda masyarakat.

“Bagaimanapun perkara ini telah menimbulkan kekeliruan masyarakat namun sebenarnya bendera bucu lima itu adalah bendera Melaka malah jika diamati dalam mural itu juga dilukis atlet-atlet yang melambangkan kemegahan dan perjuangan dalam negara ini.

“Jalur merah putih juga menjadi sebahagian daripada grafik tersebut dan ia bukan sebahagian daripada bendera Melaka itu dan tidak ada kaitan dengan lukisan bendera Melaka tersebut.

“Bagaimanapun bagi mengelakkan kekeliruan kita sudah ambil tindakan dan harap masyarakat tidak lagi memberi andaian buruk sangka terhadap seni grafik tersebut.

“MBMB telah ambil tindakan dan meminda imej tersebut bagi memaparkan imej yang benar dan tidak mengelirukan masyarkat lagi, kita telah ubah semula dan tindakan ini telah diambil secepatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Papan Tanda Pelbagai Bahasa di Jalan Jonker, di sini pagi tadi.

Hadir sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew.

Kelmarin, lukisan mural yang dicat di tembok Stadium Tun Fatimah telah tular di media sosial disebabkan netizen mendakwa terdapat kesilapan Jalur Gemilang dengan berbintang berbucu lima dan jalinan jalur merah putih turut dilukis di tembok tersebut.

Gambaran berkenaan turut dikongsikan menerusi beberapa laman Facebook selain aplikasi Whatsapp.

Malah, MelakaKini turut melaporkan semalam, Ketua Menteri, Adly Zahari memandang serius kepada perkara terbabit dan mengarahkan kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini memantau kawasan pentadbiran masing-masing bagi mengelakkan tercetusnya salah faham yang menimbulkan persepsi rakyat.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago