ISU BANJIR KILAT DIJANGKA SELESAI ENAM BULAN LAGI

ISU BANJIR KILAT DIJANGKA SELESAI ENAM BULAN LAGI

Semoga segala usaha tangani masalah banjir dipermudahkan

Kerajaan negeri sedia mendahulukan peruntukan RM10 jutabagi melaksanakan pembaikan tiga pintu kawalan baraj air di muara Sungai Melaka sekali gus dapat mengatasi masalah banjir kilat dalam tempoh enam bulan lagi.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pembaikan itu perlu disegerakan kerana ia menjadi isu utama kepada berlakunya banjir kilat di negeri ini, selain turut menimbulkan keresahan penduduk khususnya yang tinggal di kawasan rendah.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam.

Lapan PPS dibuka bagi menempatkan 1,117 mangsa membabitkan 253 keluarga dan daripada jumlah itu 343 orang ditempatkan di PPS SK Belimbing Dalam.

Sementara itu, Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob turut sama melakukan lawatan di PPS berkenaan.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES