ISU AIR : PERLU PROAKTIF SALUR MAKLUMAT KEPADA RAKYAT

ISU AIR : PERLU PROAKTIF SALUR MAKLUMAT KEPADA RAKYAT

Terutama di kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air.

Bahagian Kawal Selia Air (BKSA), Jabatan Ketua Menteri dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan mengemaskini perkembangan semasa paras air setiap hari bagi menyalurkan maklumat kepada rakyat.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ia termasuk maklumat berkaitan kadar air di empangan, kawasan terjejas air, dan jumlah lori tangki air terlibat.

Tambah beliau, maklumat akan disalurkan melalui beberapa medium termasuk ‘whatsapp group’, media maya, dan hebahan media kerajaan negeri agar rakyat maklum dengan status air semasa .

Dalam pada itu, Adly memberitahu, kebanyakan kawasan yang terjejas melibatkan kawasan tekanan air rendah, manakala bagi kawasan baharu akan dimaklumkan sehari lebih awal.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES