Categories: MELAKAPBT

Integriti nadi utama pencapaian hasil kerja berkualiti

JASIN 9 April – Penjawat awam di negeri ini khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran agar mempunyai integriti dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Mustaffa Ali berkata, penjawat awam yang berintegriti adalah mereka yang telus dan tulus dalam memikul tanggungjawab terhadap ketua, orang di bawahnya dan pihak lain.

Beliau berkata, integriti penting kepada setiap penjawat awam khususnya warga kerja MPJ kerana ianya merupakan nadi utama kepada pencapaian hasil kerja berkualiti yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

“Integriti perlu disemai di setiap hati dan sanubari individu bagi membawa organisasi ke arah keunggulan sekali gus melahirkan individu yang cemerlang,” katanya di Majlis Perhimpunan Bulanan MPJ di Dewan Alamanda, di sini.

Jelas Mustaffa, integriti amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika.

Selain itu, meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya ia menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.

Justeru itu, beliau menegaskan bahawa budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan serta kualiti produktiviti sesebuah organisasi.

“Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga MPJ mempraktikkan etika kerja serta sifat integriti yang menyeluruh dan positif,” katanya.

Oleh : JURAIDAH OTHMAN

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: MPJ

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago