Categories: NASIONAL

Institusi keluarga berperanan tangani perubahan iklim – Dr Wan Azizah

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata fenomena perubahan iklim ini banyak dipengaruhi oleh aktiviti manusia, sehubungan itu keluarga berperanan penting dalam membantu usaha dunia menanganinya.

Katanya keluarga diharap memberi perhatian kepada perubahan iklim yang turut memberi kesan kepada keluarga seperti penipisan lapisan ozon, pengeluaran karbon dioksida berlebihan, pengurangan kawasan hijau serta pencemaran air laut dan sungai.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata justeru kerajaan menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan terus memperkasa peranan keluarga dan komuniti dalam memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.

“Menerusi Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) yang telah diperkenalkan di 33 komuniti terpilih seluruh Malaysia, ia turut menggerakkan lapan domain intervensi, salah satunya berkaitan perumahan dan persekitaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya usaha tersebut selaras dengan matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030, sempena Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa (HKA) yang diraikan pada setiap 15 Mei oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan tema Keluarga dan Tindakan Iklim.

Dr Wan Azizah berkata tema tersebut adalah selari dengan usaha kerajaan untuk membudayakan amalan penjagaan alam sekitar dalam kalangan keluarga dan komuniti sekali gus dapat meningkatkan kelestarian penduduk dengan alam sekitar.

Sehubungan itu usaha penyebaran maklumat dan kesedaran juga perlu lebih banyak dilakukan dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk kerajaan, pihak swasta, institusi pendidikan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), tambahnya.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

24 hours ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago