Instagram sekat pautan diet dan pembedahan kosmetik

Instagram sekat pautan diet dan pembedahan kosmetik

Itu sebaiknya....

AYER KEROH 19 Sept. – Laman sosial Instagram mengumumkan sekatan lebih ketat akan dikenakan ke atas beberapa ‘post’ atau pautan berkaitan produk diet dan pembedahan kosmetik.

gambar hiasan

Dalam kenyataan medium media sosial itu, sekatan umur akan dikenakan untuk beberapa ‘post’ dan selebihnya jika ia memudaratkan.

Kesedaran dalam kalangan pengguna media sosial tersebut telah meningkat mengenai penjagaan fizikal, mental dan penjagaan imej.

Memetik kenyataan itu, di bawah peraturan baru, semua pautan yang mempromosikan penggunaan produk penurunan berat badan atau prosedur kosmetik akan disembunyikan daripada pengguna berumur 18 tahun ke bawah.

Selain itu, Instagram turut menyatakan, jika kandungan produk tersebut meletakkan kandungan di pautan terbabit yang tidak logik mengenai diet atau produk penurunan berat badan secara ajaib dengan menawarkan komersial seperti kod diskaun akan terus dikeluarkan atau dibuang daripada laman sosial tersebut.

Pengurus Polisi Awam Instagram, Emma Collins berkata, laman sosial tersebut sepatutnya dijadikan satu medium positif untuk pengguna dan dasar baharu yang dilaksanakan akan berterusan untuk mengurangkan tekanan terhadap orang ramai.

“Panduan daripada pakar luar telah menyatakan bahawa kebanyakan pautan berkenaan hal terbabit telah menimbulkan tekanan terhadap pengguna medium tersebut.

“Kami telah mendapatkan panduan daripada Dr Ysabel Gerrard di United Kingdom (UK), untuk memastikan sebarang langkah untuk menyekat dan menghapuskan kandungan terbabit akan memberi kesan positif kepada komuniti sejagat lebih dari 1 Bilion pengguna di seluruh dunia sekali gus memastikan Instagram kekal platform untuk ekspresi dan perbincangan,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS