Categories: SUKAN

Insiden empangan runtuh di Brazil

SYDNEY 27 Jun — Syarikat perlombongan BHP dan Vale telah mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa awam Brazil untuk membayar pampasan sebanyak US$5.3 bilion dalam insiden empangan runtuh pada November 2015 yang meragut nyawa 19 orang, lapor agensi berita China Xinhua.

“Di bawah perjanjian ini, kedua-dua syarikat bersetuju mewujudkan satu dana bagi kos pembersihan dan pemulihan serta pampasan bagi kesan akibat keruntuhan amang-amang empangan di Fundao itu,” menurut kenyataan BHP.

Dalam insiden yang dianggap sebagai bencana alam sekitar paling buruk di Brazil itu, beberapa siri kegagalan serta kerosakan dari segi rekaan dan sistem saliran telah menyebabkan Empangan Samarco runtuh.

Akibatnya, berlaku gelombang besar yang membawa sisa toksik dan telah melanda sebahagian besar kawasan pedalaman Brazil serta memusnahkan beberapa kampung dan menyebabkan beratus-ratus penduduk kehilangan tempat tinggal.

Lebih memburukkan keadaan, kesan sisa toksik ke atas alam sekitar telah mencecah jarak sehingga 600 kilometer ke hilir sungai, sebelum akhirnya menuju ke Lautan Atlantik.

Turut berdepan saman sivil yang menuntut ganti rugi sebanyak US$41.5 bilion bagi kerosakan akibat insiden itu, perjanjian tersebut membawa maksud bahawa proses berkenaan akan ditangguh selama dua tahun.

“Dalam tempoh dua tahun itu, semua pihak akan bekerjasama bagi merangka satu proses rundingan semula program-program (pemulihan dan pampasan) dan kemajuan untuk penyelesaian tuntutan sivil sebanyak US$41.5 bilion,” kata kenyataan itu.

— BERNAMA

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago