Insentif buat pengusaha kenaf

Insentif buat pengusaha kenaf

Antara inisiatif pengembangan ekonomi Melaka...

MERLIMAU 11 Julai – Pengusaha atau petani kenaf bakal disalurkan insentif dari Kerajaan Negeri Melaka bermula tahun hadapan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pendekatan tersebut bertujuan menggalakkkan lebih ramai petani mengusahakan tanaman tersebut.

Menurutnya, sama ada secara berkumpulan atau sendiri, ia membantu kepada usaha meluaskan industri itu.

“Tanaman ini telah dijalankan di tapak sawah padi melibatkan keluasan enam hektar di Kampung Sempang Pantai Merlimau di sini.

“Kita sasarkan sekurang-kurangnya sebanyak lapan hektar tanah diusahakan dalam tempoh dua tahun bermula tahun ini,” katanya kepada pemberita pada Program Lawatan Santai ke Tapak Tanaman Kenaf di sini.

Tambah Adly, kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang peruntukan sepanjang indsutri itu dilakukan di Melaka.

“Ia dibangunkan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan kita akan berbincang dengan LKTN apa peranan boleh dilaksanakan kerajaan negeri untuk membantu meningkatkan hasil kenaf.

“Pada peringkat awal ini, kita bercadang memberikan insentif kenaf dan ia akan diperuntukkan dalam bajet negeri pada tahun hadapan,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pengarah LKTN, Samsuddin Noor.

Dalam pada itu, Adly telah mengenal pasti bangunan milik kerajaan negeri tidak digunakan di di sini kepada LKTN untuk dijadikan kilang pemprosesan kenaf.

“Kita akan bantu pastikan rantaian lengkap atau fasiliti mencukupi dibangunkan supaya industri ini dipertingkatkan penghasilannya.

“Pada masa sama, ia sekali gus membantu mengurangkan isu tanah terbiar di negeri ini dan petani juga berpeluang meningkatkan pendapatan mereka jika ia diusahakan secara serius,” katanya.

Jelas Adli, tanaman itu mempunyai potensi dan permintaan tinggi melibatkan industri berasaskan biokomposit, perabot, pembinaan dan automotif.

“Petani juga tidak perlu risau tentang isu pemasaran sebaliknya hanya perlu fokus pada usaha penanaman kerana kerajaan negeri dan LKTN sedia membantu,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS