#IniRumahKita, Jangan buang sampah merata!

#IniRumahKita, Jangan buang sampah merata!

Sikap pengotor akan sebabkan Kerajaan Negeri terpaksa guna dana kerajaan yang besar utk bersihkan sedangkan dana itu boleh digunakan untuk kebajikan rakyat dan pembangunan lain.

p/s: Jangan lupa join Group MelakaKini klik disini. Pastikan yang ori berlogo MelakaKini

AYER KEROH 14 Jun – Ketua Menteri, Adly Zahari menyeru orang ramai agar tidak mengamalkan sikap gemar membuang sampah merata-rata tanpa mempedulikan kesannya kepada alam sekitar.

Adly menerusi status hantaran di laman sosial Facebook rasmi miliknya sebentar tadi, turut meletakkan hashtag #IniRumahKita sebagai simbolik bahawa negeri ini adalah rumah buat rakyat Melaka.

“Saya menyeru kepada semua masyarakat agar menjauhi amalan membuang sampah merata-rata.
“#Melaka ‘Ini Rumah Kita’ sama-sama kita menjaganya,” jelasnya.

CATEGORIES