#IniRumahKita – ke arah pembinaan tamadun bangsa

#IniRumahKita – ke arah pembinaan tamadun bangsa

Tamadun bangsa bermula dari rumah

KEMAJUAN sesebuah negara itu banyak diukur dari sudut pembangunan fizikal semata-mata.

Mata dan minda masyarakat hanya membuat penilaian daripada tertegaknya bangunan pencakar langit dan peningkatan garis ekonomi Walhal kita semua lupa pembangunan peradaban juga perlu menjadi ciri wajib bagi penarafan negara maju.

Menyambut seruan memacu peradaban daripada segenap ciri menuju negara maju itu, Melaka melalui kerajaan yang memerintah hari ini telah memperkenalkan idea #IniRumahKita bagi memupuk rasa kebersamaan dan kepunyaan terhadap negeri yang sarat dengan peninggalan sejarah ini.

Jika kita telusuri pembangunan Tamadun Indus, mereka pada ketika itu telah mempunyai sistem perancangan bandar yang baik.

Mereka telah membahagikan perancangan bandar mereka kepada 2 bahagian. 1 bahagian adalah kawasan pentadbiran kerajaan dan keagamaan manakala sebahagian yang lain adalah kawasan perumahan. Tamadun ini dikesan bermula sekitar 2500 S.M dan mula merosot ketika 1800 S.M.

Namun ada suatu yang ramai tidak melihat akan sebab ketamadunan Indus ini berkembang. Ciri perumahan yang sistematik.

Pengkelasan lapisan masyarakat juga dilihat teraplikasi dalam hampir semua sejarah ketamadunan. Perkara paling utama yang menjadi asas kepada segalanya yang ada ialah kebersihan.

Golongan buruhlah antara tugasnya memastikan agar kebersihan itu sentiasa dijaga dan diselenggara.

Ini memberi gambaran selain dari semua corak pembangunan bagi mengisi makna kemajuan fizikal, kemajuan sikap sudah pun diterap ribuan tahun dahulu.

Maka dengan sebab itu kerajaan Melaka hari ini mahu membina semula pemikiran bahawa kebersihan itu adalah antara asas utama melayakkan sesebuah negeri itu disapa negeri maju. Bukan sekadar dislogankan tetapi diamalkan.

Justeru idea #IniRumahKita menjadi suatu titik mula agar rakyat tempatan dapat meneruskan ketamadunan Melaka yang sekian lama wujud.

Sudah pasti dalam pembinaan ada penambahbaikan maksud ketamadunan kita, ada nada anasir luar dan dalam yang akan sedaya upaya menggagalkannya.

Hadir dengan slogan-slogan selekeh dan memalukan adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Mungkin mereka ini sudah terbiasa dengan perkara kotor hingga yang yang paling kotor mereka agungkan sebagai `Bossku.’

Justeru rakyat wajar untuk mengenepikan suara-suara tidak bertanggungjawab ini. Yang wajib kita fokus adalah bagaimana untuk kita menjaga dan memilihara negeri yang amat kita cintai ini secara bersama.

Bak kata Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, konsep ini adalah menifestasi daripada tanggungjawab rumah kecil kita kepada rumah besar (negeri) kita.

Jika sikap kebersihan ini menjadi kewajipan di rumah kecil kita, sudah tentu ia akan dibawa ke rumah besar kita yang mana masa kita lebih banyak di sana.

Kepada kelompok yang menjerit melihat kekotoran hanya bertujuan menjatuhkan imej kerajaan negeri demi keberlangsungan politik, begitulah sikap mereka terhadap rumah kecil mereka.

Oleh itu #IniRumahKita perlu dilihat dari luar kerangka politik. Ia bukan produk politik tetapi sebenarnya memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Saban tahun jutaan pelancong menjadikan Melaka sebagai tempat wajib dalam senarai percutian, sudah tentu kebersihan itu menjadi isi mereka menyebarluaskan kepuasan melawat Melaka kepada dunia.

Justeru sudah pasti untuk meletakkan Melaka bertamadun di mata dunia, sikap kebersihan itu harus mengakar dalam hati dan masyarakat kita.

Itulah sendi yang menghubungkan sama ada kita negeri bertamadun atau pun tidak.

Tahniah kerajaan Melaka atas inisiatif yang baik ini. #IniRumahKita

Oleh: Muhammad Syafiq Azmi
Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Melaka

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS