“Inilah semangat rakyat Malaysia yang baik hati” – Uncle Kentang

“Inilah semangat rakyat Malaysia yang baik hati” – Uncle Kentang

Perpaduan kaum di Malaysia tetap utuh

MERLIMAU 20 Sept.- “Saya dapat maklumat ibu ini benar-benar orang asnaf yang sangat memerlukan bantuan dan bukannya mereka-reka ujian hidup yang dihadapi.

“Sebab itu hari ini saya sanggup datang dari Puchong untuk menyampaikan sendiri bantuan makanan dan wang tunai kerana kejujurannya itu.

“Inilah semangat rakyat Malaysia yang gila….baik hati dan perlu dihayati tanpa mengira agama, kaum dan bangsa,” kata Uncle Kentang atau Kuan Chee Heng, seorang aktivis masyarakat yang popular di laman sosial.

Sambil menyapu air mata yang berlinang, dia tidak menyangka tindakannya menaik turun pautan di statusnya di Facebook dengan memohon sumbangan RM200 daripada rakyat Malaysia untuk menyalurkan bantuan kepada lima beranak yang dalam kesusahan mendapat perhatian ramai.

Ahli perniagaan yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan sejak hampir 16 tahun lalu itu berkata, ini kali pertama usahanya membantu rakyat di luar dari negeri Selangor menjadi tular begitu pantas.

“Saya dihubungi wanita itu yang menceritakan masalahnya Selasa lalu tetapi tidak dapat membantunya kerana dia tinggal di Melaka sedangkan saya menetap dan bekerja di Puchong, Selangor.

“Selepas mendapat kebenarannya, saya berkongsi kisahnya di FB sehingga ia tersebar dan mendapat pelbagai reaksi untuk membantu,” katanya ketika ditemui di rumah wanita berkenaan di Taman Debunga, Merlimau di sini semalam.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS