Categories: MELAKA

Infrastruktur berhampiran SK Ganun ditambah baik

GADEK 12 Ogos – Bagi mengelakkan kemalangan jalan raya di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Ganun dan Simpang Gadek, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G. Saminathan mengarahkan agar infrastruktur di kedua-dua kawasan itu ditambah baik berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan kepada MelakaKini baru-baru ini, Saminathan berkata, kedua-dua kawasan itu perlu penambahbaikan dari segi infrastruktur ekoran keadaan jalan di situ berbahaya terutama kepada pelajar sekolah.

“Keadaan jalan dan laluannya kurang memuaskan dan dari rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) didapati kerap berlaku kemalangan di kawasan ini.

“Dari statistik PDRM untuk tahun ini saja, sebanyak 19 kes kemalangan jalan raya berlaku di kawasan ini dan salah satu darinya adalah kemalangan maut,” katanya.

Beliau yang juga Exco Perpaduan, Sumber Manusia, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Hal Ehwal Pengguna berkata, isu laluan jalan raya yang kurang memuaskan adalah perkara serius dan merupakan fokus utamanya untuk diselesaikan segera.

“Isu ini mengganggu-gugat keselamatan pelajar sekolah di kawasan ini, saya juga mendapat maklum balas dari warga sekolah yang mencadangkan agar beberapa perkara berhubung keselamatan jalan raya dibuat.

“Antaranya, papan tanda dan juga perubahan lokasi lampu amaran berwarna kuning agar pengguna jalan raya yang menggunakan jalan ini lebih peka ketika melalui jalan ini,” tegasnya.

Saminathan berkata, beliau selepas mengadakan perbincangan bersama para pegawai dari Pejabat Daerah Alor Gajah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ketua Menteri, PDRM, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan jabatan-jabatan lain yang terlibat akan mengambil tindakan segera.

Bukan sekadar membaiki, tetapi menambah baik keperluan-keperluan bagi jalan raya di kawasan ini dan kawasan-kawasan berhampiran.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago