India tawar 300 biasiswa kepada pelajar Malaysia – Maszlee

PARIS, 14 Nov. – Kerajaan India menawarkan biasiswa penuh kepada  300 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata perkara itu disampaikan kepadanya oleh Menteri Pembangunan Sumber Manusia India Dr Ramesh Pokhriyal Nishank dalam pertemuan mereka pada Rabu, di luar Sesi ke-40 Persidangan Am Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di sini.

Menyifatkan pertemuan itu sebagai konstruktif dan membuahkan hasil,  Maszlee berkata tawaran itu meliputi  200 biasiswa di bawah program Pengajian di India bagi mahasiswa meneruskan pengajian dalam pelbagai  bidang di India, manakala bakinya ditawarkan kepada 100 pelajar lepasan ijazah untuk mengikuti subjek Teknologi Maklumat di universiti berprestij mereka.

“Pertemuan dengan menteri paling kanan dalam kabinet India ini sangat berhasil. India bukan sahaja mahu memperbaharui kerjasama Malaysia-India dalam bidang pengajian tinggi, tetapi juga menjalin kerjasama lebih erat dalam bidang berkenaan,” katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu.

Selain India, Maszlee turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pendidikan Azerbaijan  Jeyhun Bayramov, yang menunjukkan minat untuk belajar daripada Malaysia tentang cara untuk menyediakan Pelan Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2025, yang disifatkannya sebagai komprehensif dan holistik dalam semua perkara berkaitan pendidikan negara.

“Beliau (Bayramov) berminat untuk meneroka lebih banyak kerjasama dengan Malaysia selepas beliau berbincang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ke-18 pada Oktober lepas.

“Beliau berminat dengan sistem pendidikan kita dan meninjau peluang untuk menghantar pelajar dari negara itu meneruskan pengajian peringkat siswazah di Malaysia,” katanya, dan menambah, Malaysia tidak lama lagi akan mempelawa  Azerbaijan untuk meneroka lebih banyak peluang pendidikan di Malaysia.

Undangan oleh wakil daripada Pasukan Petugas Antarabangsa Guru Bagi Pendidikan  2030 disampaikan kepada Maszlee untuk menghadiri mesyuarat meja bulat bersama-sama Menteri Pendidikan pada Forum Dialog Dasar ke-12, yang akan berlangsung Disember ini, di Emiriah Arab Bersatu.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago