Inap desa haram jejas pelancongan Melaka

AYER KEROH 11 Jun – Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari kesal apabila terdapat pemilik bangunan menjadikan unit rumah dan bangunan mereka sebagai inap desa dan rumah tumpangan secara haram.

Tegas Adly, tindakan segelintir pemilik bangunan terbabit boleh menyebabkan industri inap desa yang beroperasi secara sah, terjejas.

Menurutnya, tindakan pemilik bangunan terbabit menyukarkan pihak berkuasa mengawal mutu perkhidmatan inap desa yang tidak berdaftar.

“Pengabaian mutu perkhidmatan yang berlaku boleh menjejaskan imej industri pelancongan negeri ini.

“Kerana itu kita memandang serius perkara ini dan jika pihak pengusaha ini masih berdegil, tindakan selanjutkan akan dibuat,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Justeru beliau mahu semua pengusaha di negeri ini wajib mendaftarkan inap desa mereka di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi mengelakkan perkara tidak diingini timbul.

Tambah Adly, Badan Promosi Pelancongan (BPP) diminta menyediakan kertas cadangan bagi memastikan semua pemilik inap desa berdaftar dengan MOTAC.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: pelancongan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago