Imbau sejarah pengisytiharaan kemerdekaan

Imbau sejarah pengisytiharaan kemerdekaan

Bersama semarakkan semangat patriotisme.

 

Lebih 30 ribu pengunjung membanjiri Dataran Pahlawan, Banda Hilir sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pemilihan Melaka sebagai lokasi pelancaran itu sekali gus mengimbau memori negeri ini menjadi lokasi pengisytiharan kemerdekaan persekutuan tanah melayu oleh Tunku Abdul Rahman pada 20 Februari 1956.

Bertemakan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih, kehadiran ribuan pengunjung menjadi bukti rakyat Malaysia menyokong aspirasi-aspirasi Kerajaan Pakatan Harapan untuk membina semula negara dan membawa nilai-nilai negara bebas rasuah serta berintegriti.

Tun Dr. Mahathir dalam ucapannya menyeru rakyat Malaysia agar berpegang kepada prinsip tolak ansur dan hormat-menghormati dalam menjayakan agenda nasional yang mahukan kemakmuran dan kemajuan negara selain mahu Malaysia disegani di mata dunia.

Generasi muda katanya berperanan penting sebagai pelapis bagi meneruskan wawasan Malaysia, selaras dengan Pindaan Perlembagaan Persekutuan menurunkan had undi 18 tahun untuk terlibat dalam Sistem Demokrasi Negara di usia lebih muda.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Menteri, Adly Zahari, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan kenamaan lain.

Perdana Menteri turut menyempurnakan pelepasan 62 kenderaan siri jelajah Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 melibatkan 133 peserta.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES