Categories: MELAKAPBT

Iklan Haram : “Mereka gantung, kami kutip”

AYER KEROH 14 Mei- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menanggalkan kira-kira 3,526 iklan haram yang digantung atau dipasang dari Januari hingga Mei tahun ini.

Yang Dipertua MPHTJ, Mohd Rafee Ibrahim berkata, operasi menanggalkan iklan haram itu telah dijalankan dengan kerjasama PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Melaka baru-baru ini.

Katanya, operasi tersebut dijalankan bagi membanteras kegiatan pemasangan iklan haram seperti gegantung yang tiada kelulusan di sekitar kawasan jajahan MPHTJ.

“Kami ingin mengingatkan orang ramai terutama peniaga agar lebih berhati-hati dan tidak terjebak dengan sindiket pinjaman wang haram yang sentiasa menindas peminjamnya.

“Mereka gantung dan kami kutip (menurunkan) iklan tanpa kelulusan yang tidak berlesen dan tamat tempoh di tiang lampu, lampu isyarat kerana ia mencacatkan pemandangan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Operasi Iklan Haram Bunting Pinjaman Wang Tanpa Lesen di Aras 2, MPHTJ, Melaka Mall di sini, hari ini.

Katanya, perbuatan tidak bertanggungjawab itu juga boleh menganggu dan menghalang papan tanda jalan raya sekali gus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jiwa.

“Kesemua pesalah yang ditangkap boleh dikenakan tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Iklan (MPHTJ) 2010, Undang-Undang Kecil Vandalisme MPHTJ 2010,” jelasnya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

6 hours ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago