Categories: NASIONAL

IGP: Jangan main-main mengaku tahu perihal perbincangan di Istana Negara

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menyuarakan rasa hairan dengan segelintir pihak yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah mereka mengetahui perihal yang dibincangkan dalam Istana Negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tambahnya, pihak berkuasa akan terus memantau dan mengambil tindakan kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan sehingga menggugat keharmonian negara.

“Bagaimana orang luar boleh tahu dengan jumlah undi (pertemuan selepas perbincangan ahli parlimen bersama Yang di-Pertuan Agong), jangan main-main dengan perkara macam ini.

“Saya telah arahkan pihak berkuasa ambil tindakan kepada pihak yang keluarkan kenyataan sehingga ganggu keharmonian negara,” katanya ketika ditemui pemberita di Istana Negara hari ini.

Sejak Ahad lalu, kemelut politik negara bermula dengan keruntuhan kerajaan PH yang menyaksikan perkembangan drastik susulan usaha penjajaran semula kuasa.

Ia berlaku ekoran tindakan Bersatu – yang mempunyai 26 kerusi parlimen – meninggalkan PH, selain 11 anggota parlimen PKR diketuai Mohamed Azmin Ali mengumumkan mereka menjadi ahli parlimen bebas.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas PKR memecat keanggotaan Azmin dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Ia kemudian menyaksikan kerajaan PH jatuh berdasarkan ketiadaan penguasaan di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, masih tidak jelas parti atau pakatan politik mana yang mempunyai majoriti parlimen.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatan beliau sebelum itu pada hari yang sama.

Sementara itu, Abdul Hamid menjelaskan bahawa beliau dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi adalah bagi menjelaskan keadaan keselamatan negara kepada Tuanku.

“Alhamdullilah kami sudah pun sempat taklimatkan Tuanku berkenaan keadaan keselamatan seluruh Negara dan dilaporkan tenang cuma suhu meningkat,” katanya lagi.

Turut hadir dipanggil menghadap Yang di-Pertua Agong ialah Panglima Angkatan Tentera Affendi Bujang dan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof.

Sebentar tadi, Raja-raja Melayu telah tiba di Istana Negara, dijangka bagi menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja.

Kenderaan rasmi dari Istana Johor antara terawal dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 9.28 pagi tadi dipercayai membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mesyuarat itu yang dipercayai diadakan bagi membincangkan perkembangan politik semasa tanah air.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago