Categories: MELAKA

IGMM santuni anak-anak kelainan upaya

ANTARA ahli IGMM yang menyantuni penghuni pusat tersebut.

Oleh NORAFIQAH JAMAL

KLEBANG 13 September – Anak-anak kelainan upaya (OKU) di Pusat Kanak-kanak Terencat Akal Bahagia, Klebang gembira menerima lawatan amal Ikatan Generasi Muda Melaka (IGMM), baru-baru ini.

Pengerusi IGMM, Mohd Fikri Mohd Ali berkata, program amal yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan IGMM itu merupakan satu inisiatif golongan anak muda negeri ini dalam memberi bantuan kepada golongan terbabit di samping menghiburkan mereka.

“Seramai 30 ahli IGMM yang hadir pada hari ini dan kami sampaikan sumbangan yang berupa bahan keperluan asas seperti lampin pakai buang, wang tunai, dan susu formula.

“Kami juga bawakan badut untuk hiburkan mereka dan reaksi gembira mereka seolah menerima kedatangan kami itu adalah satu kepuasan bagi kami,” katanya.

Beliau ditemui selepas Program Amal Ikatan Generasi Muda Melaka di Pusat Kanak-kanak Terencat Akal Bahagia, di Klebang baru-baru ini.

KELIHATAN antara ahli IGMM beramah mesra bersama penghuni Pusat Kanak-kanak Terencat Akal Bahagia, Klebang.

Sementara itu, pengasas pusat jagaan tersebut, Nancy Miranda berkata pusat jagaan tersebut menempatkan golongan istimewa seramai 25 orang yang berusia dari lapan hingga 41 tahun.

“Saya sangat mengalu alukan kedatangan pelawat dan penghuni di sini gembira bila ada orang datang dan menunjukkan keprihatinan terhadap golongan ini.

“Saya bangga dengan kesungguhan belia IGMM yang sudi datang ke pusat jagaan yang sudah berumur 18 tahun ini dan usaha ini harus dicontohi oleh orang luar,” jelasnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan menerusi akaun Public Bank, 3108010508 atas nama Pusat Kanak-kanak Terencat Akal Bahagia atau menghubungi Ibrahim Roy Collar 019-7528949.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago