Categories: MELAKA

Ibu tunggal cekal besarkan 6 anak

AYER KEROH 28 Mei – “Hidup tak mewah, tetapi Allah SWT permudahkan hidup kami. Alhamdullilah, setakat ni semuanya masih mencukupi,” ujar Norrizah Hassan, 41, ketika ditemui MelakaKini pada Majlis Flag Off Peserta Program Infaq Ramadan Semurni Ukhwah di Seri Negeri di sini, hari ini.

Norrizah merupakan ibu tunggal enam anak yang kematian suami akibat kemalangan sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, dia cekal menghadapi ujian hidup dalam membesarkan anak-anaknya.

“Anak sulung saya berusia 22 tahun manakalan yang kecil sekali empat tahun.

“Walaupun saya ada anak kurang upaya (OKU) seorang tetapi ia bukan alasan untuk putus asa, malah, saya bersyukur kerana masih kuat meneruskan hidup demi anak-anak,” katanya.

Jelasnya, pendapatannya tidak menentu kerana dia hanya boleh membuat kerja di rumah secara sambilan kerana mempunyai masalah slip disc.

“Saya tak boleh buat kerja berat dan berdiri lama. Saya juga harus memberikan perhatian penuh kepada anak OKU yang terlantar.

“Bagaimanapun, anak sulung sudah bekerja dan dia banyak membantu selain menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM),” katanya.

Persiapan Aidilfitri tahun ini juga sedikit sebanyak telah dilakukan oleh Norrizah.

“Adalah sikit-sikit untuk anak, ramai yang bagi sumbangan bantuan tahun ni termasuk dari zakat,” katanya.

Majlis pelepasan konvoi program anjuran Mahkamah Syariah dan Persatuan Peguam Syarie Negeri Melaka itu disempurnakan Ketua Menteri, Adly Zahari.

Sementara Adly berkata, menerusi program itu seramai 120 golongan kurang bernasib baik di negeri ini terpilih menerima sumbangan bantuan berbentuk barangan keperluan harian dan wang tunai.

“Maklumat penerima dimilikki dengan kerjasama Japerun dan saya sendiri sangat mengalu-alukan program seumpama ini dilaksanakan mana-mana pihak sama ada agensi kerajaan, swasta mahupun NGO.

“Secara tidak langsung ia menghubungkan penganjur dengan masyarakat dengan lebih dekat di samping dapat meringankan beban penerima khususnya pada musim raya,” katanya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

7 hours ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago