Categories: Ketua MenteriMELAKA

Ibu bapa, anak-anak perlu manfaat peluang pendidikan disedia kerajaan – Adly

BANDARAYA MELAKA 18 Dis. – Ibu bapa dan anak-anak khususnya daripada golongan asnaf perlu memanfaatkan sebaiknya pelbagai peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan terutama dalam perkara berkaitan pendidikan.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata kemiskinan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada anak-anak golongan berkenaan untuk berjaya dalam pelajaran mereka.

“Kita tidak mahu kemiskinan menutup peluang anak-anak ini.

“Dan kita tidak mahu kemiskinan menjadikan mereka terpinggir dari pembangunan fizikal, mental dan spiritual,” katanya ketika merasmikan program Jom Ke Sekolah anjuran Persatuan Skuad Peduli (PSP) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Tesco Peringgit di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Majlis MBMB Mohd Yani Ismail dan Pengerusi PSP Muhammad Umar Abdul Rashid.

Adly berkata ibu bapa yang berhadapan masalah berkaitan persekolahan anak-anak mereka boleh mengemukakan aduan melalui agensi-agensi serta pimpinan setempat yang telah dilantik.

Jika sukar, katanya mereka boleh datang dan meminta pandangan dan bantuan daripada pihak di pejabat Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) masing-masing.

“Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam soal pendidikan kerana kita sedar bahawa pendidikan adalah kunci untuk mengubah status sosial sesebuah keluarga,” tegasnya.

Seramai 150 murid-murid daripada keluarga miskin dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Bukit Katil dan Parlimen Kota Melaka terpilih menyertai program Jom Ke Sekolah dengan setiap murid menerima RM100 untuk membeli peralatan persekolahan mereka.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago